Isnin, 15 November 2010

2010 di Sekolah Rendah Woodgrove.


Akhirnya tahun 2010 akan berakhir tidak lama lagi. Saya berasa saya tidak mahu meninggalkan tahun 2010 kerana ia telah meninggalkan banyak kenangan manis untuk saya dan saya tidak dapat melupakan jasa-jasa baik daripada guru-guru dan rakan-rakan saya.



1) Kenangan Manis:
Salah satu kenangan manis yang saya ingat ialah, waktu saya berada dalam darjah 5C. Saya dapat berkawan dengan kawan lama dan baru saya. Mereka sungguh lucu dan menghiburkan. Setiap waktu rehat saya di sekolah, saya akan meluangkan masa saya dengan mereka untuk menceritakan masalah atau diri saya. Untuk guru-guru saya pula, mereka agak lucu ketika mereka mengajar saya. Mereka dapat menarik perhatian saya dengan menyelitkan kuiz-kuiz tentang topik yang kami telah pelajari pada hari itu. Saya tidak dapat melupakan jasa-jasa mereka ketika mereka bersama saya.
2) Kenangan Pahit:
Saya mempunyai satu kenangan yang begitu pahit hampir-hampir saya tidak dapat melupakannya. Ketika itu, saya berada di dalam darjah 5C. Saya sering meluangkan masa saya dengan kawan baru saya waktu rehat lalu meninggalkan kawan lama saya keseorangan. Tentang itulah persahabatan kami semakin renggang dan kami sering bertengkar sehingga kami berdua menyerah dan membilang satu sama lain bahawa kami lebih baik putuskan persahabatan kami daripada selalu bertengkar berulangkali. tidak terlintas di fikiran saya bahawa sikap saya akan menyakiti hati seorang kawan yang selalu setia dengan saya. Sehingga kinilah kenangan itu masih kekal di fikiran saya kerana ia telah mengajar saya bahawa kami boleh berkawan satu sama lain tidak kiralah kami ini tidak setaraf.