Selasa, 28 Jun 2011

Percutian Pada Bulan Jun.


Pada bulan Jun pada tahun ini, saya telah menggunakan masa saya degan bijak. Saya telah menelaah pelajaran saya selama tiga minggu. Dan pada minggu ketiga itu juga, keluarga saya dan pak cik saya telah ke Johor Bahru untuk bercuti bersama. Kami bermalam di sebuah hotel yang bernama Tistle selama tiga hari dua malam. Kami berangkat pada hari Jumaat pagi menaiki sebuah kereta sewa. Setelah kami melalui tempat pemeriksaan pasport, kami terus menuju ke sebuah gerai yang terletak di kawasan perumahan untuk makan tengah hari. Selepas itu, ayah saya menghantar kaum wanita ke sebuah pusat membeli-belah Angsana lalu kaum lelaki ke masjid untuk bersolat Jumaat. Ibu, saya dan mak cik saya telah mencuci-cuci mata kami di sebuah butik kain bernama Gulatis. Kami ke sana kerana kami hendak mencari kain untuk dijahit buat Hari Raya tetapi tiada kain yang menarik perhatian kami dan harganya pula agak mahal berbandingkan dengan Singapura. Kami pun meninggalkan butik itu dan ke tempat lain. Sambil itu, kami ada juga singgah ke sebuah kedai farmasi untuk membeli serba-sedikit barang keperluan kami seperti ubat gigi. Selepas kami bertiga sudah puas membeli-belah, tepat pada jam 14:45pm, kaum lelaki pun tiba dan mengambil kami di pusat membeli-belah itu untuk ke hotel supaya kami boleh daftar masuk dan menyimpan beg-beg pakaian kami. Selepas itu, kami menuju ke rumah nenek kami secara kejutan tetapi dia tidak ada di rumah. Kami tidak tahu ke mana dia bersama menantunya. Dua jam pun sdah berlalu dan kami ke sebuah restoran untuk makan malam kami pula. Selepas itu, kami semua ke Danga Bay untuk bermain pelbagai permainan di situ. Kami bermain hingga lewat malam. Pada jam 12:00 mlm, kami pun pulang ke hotel untuk rehat. Tiga hari pun sudah berlalu dan tibanya pula untuk kami semua pulang ke Singapura semula. Saya sekeluarga tiba di rumah lewat malam. Saya pulang dengan perasaan yang sedih kerana saya rasa saya tidak puas bercuti. Tapi saya percaya bahawa saya masih ada masa yang lain untuk pergi bercuti lagi.