Isnin, 21 Mac 2011

Cuti Sekolah Saya Selama Seminggu.

Percutian Saya Ke Bali.


Pada cuti sekolah saya pada minggu yang lalu, saya ke Bali di daerah Kuta selam 4 hari 3 malam. Saya ke sana bersama keluarga dan saudara-mara saya. Kami berangkat untul ke sana pada 4:20 petang menaiki kapal terbang bernama "AirAsia". Kami terperangkap di dalam kapal terbang itu selama dua jam sehingga punggung saya sakit kerana saya asyik menduduk sahaja. Kami menginap di sebuah resort yang bernama Kuta Townhouse Resort yang dituju olehseorang rakan saudara saya setiba sahaja kami di sana. Kami pun menuju ke resort tersebut untuk berehat sembentar sebelum kami keluar untuk mencari makan malam kami. Kami pun menuju ke sebuah bangunan pusat membeli-belah. Setiba sahaja kami sampai di hadapan pusat membeli-belah itu, ia sudah tutup. Tiba-tiba pula saya terlihat sebuah kedai makan yang bernama "MacDonald" yang dibuka 24 jam. Dalam mindah saya, saya terfikir takkan kami semua hendak memakan "MacDonald" sahaja kerana di Singapura kami sering juga memakannya, tetapi saya terpaksa mengajak mereka memakan di sana kerana kami semua sudah kelaparan. Saya pun membilang mereka semua apa cadangan saya. Dengan cadangan itu, mereka semua bersetuju walaupun mereka berasa jelak untuk memakannya berulang kali. Selepas makan, kami pulang ke tempat penginapan kami untuk membersihkan diri kami sebelum kami tidur.


Pada hari kedua kami, kami harus bangun siang-siang kerana kami akan berangkat pada jam 9.00 pagi untuk memulakan aktiviti-aktiviti kami. Kami akan ke ladang menanam kopi, Uluwatu dan tempat gunung berapi. Kami ke Uluwatu dahulu. Di situ, kami harus pakai pakaian mengikut adat mereka kerana di dalam temple itu terdapat banyak kubur yang harus dihormati. Dalam perjalan kami dalam temple itu, kami dapat melihat beberapa monyet yang sedang bergayut di pokok-pokok. Bukan itu sahaja kami dapat lihat, kami juga dapat melihat Lautan India yang begitu luas dan biru. Saya amat terpegun dengan keindahan itu. Selepas tiu, kami ke tempat gunung berapi untuk makan tengah hari kami. Tempatnya sejuk apabila saya turun sahaja dari kereta saya. Selepas bermakan, kami pulang balik ke daerah Kuta untuk makan malam. Perjalanannya sungguh lama. ia mengambil 2 jam untuk pulang balik ke Kuta. Tiba sahaja, kami dapat melihat matahari terbenam. Ia sungguh indah juga. Saya amat bersyukur kerana tuhan telah memberi banyak keindahan untuk menghiasi bumi ini. Di situlah saya dapat menikmati keindahan itu sambil saya makan. Anginnya bertiup kencang sekali, kebunyian ombak yang kuat dan pemandangan yang cantik sekali. Selepas kami makan bersama, kami pulang ke resort kami untuk menyegarkan diri sambil berborak-borak bersama.


Pada hari ketiga kami, kami ke Tanah Lot Temple, "Factory Outlet Store" dan kedai oleh-oleh Bali. Temple itu terletak di pertengahan laut. Jikalau laut itu surut, kami boleh berjalan menuju ke temple itu untuk memetik gambar. Malangnya, paras air laut pada hari itu tinggi serta ombaknya kuat sekali. Saya hampa kerana saya beria-ria sangat untuk ke temple itu tetapi bukan nasib saya pada hari tiu. Selepas itu, kami sempat membeli-belah di situ kerana di tempat itu juga terdapat kedai-kedai yang sederet. Kami mula beredar untuk menuju ke "Factory Outlet Store" selepas kami habis membeli-belah. Di dalam bangunan itu, terdapat pelbagai kedai-kedai yang berlain-lain nama. Ada yang bernama Quicksiler, Roxy, Volcom dan banyak lagi. Harga-harga barangan itu semua agak sama di Singapura. Kami cepat-cepat beredar dari situ kerana agak membosankan barangan yang dijual di situ. Selepas itu, kami ke kedai oleh-oleh Bali. Di situ terdapat kuih-kuih tradisional Bali, pelbagai cenderahati dan pakai-pakaian. Ibu saya membeli kuih-kuih itu, pakaian "t-shirt" untuk abang-abang saya dan cenderahati untuk kawan-kawan saya. Ibu saya membelikan kawan-kawan saya sebatang pensel boneka untuk seorang. Selepas kami puas membeli-belah satu hari suntuk, kami berasa penat dan hendak pulang untuk menyegarkan diri dan menyimpan apa yang patut ke dalam beg pakaian kami supaya kami senang untuk esok pagi untuk berangkat pulang ke Singapura. Ketika saya sedang mandi, saya terasa bahawa hati saya berat untuk pulang ke Singapra lagi. Saya tertanya-tanya diri saya sendiri kenapa hari harus berlalu dengan cepat, kenapa sesuatu benda itu bermula harus berakhir. Pelbagai soalan yang bermain di mindah saya. Sesuatu telah membuat saya berat sekali untuk pulang iaitu saya berasa bahawa saya akan merindui Bali dan masa yang keluarga dan saudara-mara saya telah meluangkan bersama. Sebelum kami semua hendak tidur, saya menanya ayah saya kenapa sesuatu benda yang ssempurna telah mula akan berakhir dengan cepat tetapi sesuatu yang pahit akan berakhir lambat. Ayah saya hanya menjawab 3 patah perkataan sahaja iaitu, "Itulah lumrah dunia." Dia terus beredar untuk ke dapur untuk minum sebentar dan saya terus melelapkan mata untuk menenangkan hati saya supaya saya tidak dapat merasakan kesedihan untuk pulang.

Pada hari keempat kami, kami semua bangun awal kerana jam 12.55 tengah hari kami akan berangkat pulang kembali. Semakin hari berdekatan untuk pulang, semakin berat hati saya hendak meninggalkan Bali kerana ia telah meningalkan kami semua kenangan yang begitu manis sekali. Tiba sahaja di lapangan terbang Bali yang bernama "Lapangan Kapal Terbang Ngurah Rai". Rakan saudara saya yang menghantar kami ke lapangan terbang itu. Kami pun mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan saudara saya yang telah menolong kami untuk ke mana-mana sahaja. Saudara saya pun membayar dia atas pertolongannya yang ikhlas itu. Sudah masanya untuk kami bertolak. Kami ke dalam lalu berlambai-lambai kepada rakan saudara saya. Selepas kami semua telah diperiksa oleh kastam polis di situ, kami mula berangkat untuk menaiki ke dalam kapal terbang kami. Raut wajah muka saya nampak begitu sedih sekali kerana hati saya sungguh berat untuk meninggalkan Bali. Keluarga dan saudara mara saya cuba memujuk-mujuk saya untuk menenangkan hati saya. Mereka mengatakan bahawa saya telah banyak bersua-ria sehingga perasan sedih ini membuat saya tidak mahu meninggalkan Bali. Sedetik sahaja jam 12.55 tengah hari, kapal terbang kami mula bergerak untuk memulakan destinasi kami yang ada di dalam kapal terbang itu. Apabila kapal terbang itu sudah di langit, saya melihat ke bawah di tepi kerusi tingkap saya untuk melihat Bali buat terakhir. Saya pun mula tidur kerana pemandangan di luar sudah tidak jeas lagi, Hanya yang saya lihat adalah langit yang biru dan awan-awan shaja. 2 jam pun hampir berlalu dan saya terjaga dari tiduran saya kerana ibu saya mengejut saya lalu memberitahu bahawa kami akan sampai tidak lama lagi. Saya mengucapkan Allhamdullilah dalam hati kerana kami semua telah sampai ke destinasi kami dengan sempurna. Setiba shaja kami keluar dari kapal terbang itu, kami semua berjalan seperti orang tua kerana punggung kami semua penat berduduk sahaja. Apabila kami berjalan menuju ke sabuk beg besar kami, saya ternampak abang pertama saya mengundang kami untuk pulang ke rumah. Apabila semua sudah tiba di rumah dan benda-benda semua sudah kemas di dalam beg pakaian kami, saya menghembus nafas yang lega kerana saya sudah pulang ke rumah saya dan saya dapat bertemu dengan abang saya smeula kerana dia telah ke Taiwan selama seminggu dan pulang apabila saya sekeluarga sudh berangkat hendak ke Bali. Hari pun semakin malam dan kami semua masuk ke bilik masing-masing untuk tidur. Saya masuk ke bilik tidur saya lalu baring sambil memikir apa yang ayah say atelah katakan hari itu benar. Apa yang mula harus berakhir. Dengan secara tiba-tiba, saya tertawa sendiri kerana terfikir bahawa alangkah baiknya jikalau saya dapat mundur balik kepada hari-hari saya di Bali tetapi saya tahu itu mustahil kerana hidup harus diteruskan walaubagaimana pun. Saya rasa bahawa cuti sekolah seminggu itu tidak cukup kerana untuk saya, apabila kami melancong ke mana-mana dan seronok, kami rasa bahawa kami tidak mahu pulang kerana kami tidak puas lagi bersuka-ria di tempat itu. Jikalaulah saya boleh menukar cuti sekolah ini lebih lama sehingga sebulan apabila setiap penggal sudah tamat, kan lebih bagus kami semua dapat meluangkan masa dengan keluarga lebih lama.