Selasa, 26 April 2011

Sahabat saya yang pertama.


Nama: Nur Fatheen bte Mokhtar.

Umur: 12 tahun.

Darjah: 6C.

Hari lahir: 26 September 1999.

Sahabat pertama saya ialah Fatheen. Saya sudah kenal dia sejak saya berumur 5 tahun apabila kami pertama kali berjumpa di sekolah tadika kami. Kami telah membina persahabatan kami selama 8 tahun. Dia seorang budak yang cerdik, cantik dan agak lucu. Dia pandai memujuk saya apabila saya sedang sedih. Kami pun suka bantu-membantu satu sama lain apabila kami dalam kesusahan. Pada tahun lepas, persahabatan kami terputus atas pergaduhan kami. Itulah peristiwa yang paling pahit yang saya lalui di dalam kehidupan pelajaran saya. Dia telah memberi saya sepucuk surat mengatakan bahawa dia berasa kecewa atas perbuatan saya yang telah meninggalkan darinya untuk berkawan dengan yang lain. Apabila saya membaca surat itu, hati saya mula diselebungi dengan pelbagai emosi. Saya dapat rasa bahawa dia telah salah anggap atas perbuatan saya yang telah menyakitkan hatinya. Selepas saya membaca surat itu, saya pun bergegas untuk mencari dia. Akhirnya, saya sempat temui dia untuk menerangkan segalanya. Saya pun dengan segera mula untuk bercerita dengan nada suara yang sedih. Ketika saya sedang menceritakan, sebutir demi sebutir air mata saya mengalir di pipi saya. Pada mulanya, raut wajahnya kelihatan marah dan kecewa kerana saya tahu saya telah menyakitkan hatinya tetapi, semakin dia mendengar penjelasan saya, raut wajahnya perlahan-lahan mula untuk berubah dan memahami kisah yang sebenar. Selepas saya menceritakan segalanya, saya meminta maaf banyak kali atas sikap saya yang telah mengecewakan dan menyakitkan dia. Dia pun memeluk saya dan menerima kemaafan saya dengan ikhlas. Sejak peristiwa itu, kami mula membina persahabatan yang baharu.