Isnin, 15 November 2010

2010 di Sekolah Rendah Woodgrove.


Akhirnya tahun 2010 akan berakhir tidak lama lagi. Saya berasa saya tidak mahu meninggalkan tahun 2010 kerana ia telah meninggalkan banyak kenangan manis untuk saya dan saya tidak dapat melupakan jasa-jasa baik daripada guru-guru dan rakan-rakan saya.



1) Kenangan Manis:
Salah satu kenangan manis yang saya ingat ialah, waktu saya berada dalam darjah 5C. Saya dapat berkawan dengan kawan lama dan baru saya. Mereka sungguh lucu dan menghiburkan. Setiap waktu rehat saya di sekolah, saya akan meluangkan masa saya dengan mereka untuk menceritakan masalah atau diri saya. Untuk guru-guru saya pula, mereka agak lucu ketika mereka mengajar saya. Mereka dapat menarik perhatian saya dengan menyelitkan kuiz-kuiz tentang topik yang kami telah pelajari pada hari itu. Saya tidak dapat melupakan jasa-jasa mereka ketika mereka bersama saya.
2) Kenangan Pahit:
Saya mempunyai satu kenangan yang begitu pahit hampir-hampir saya tidak dapat melupakannya. Ketika itu, saya berada di dalam darjah 5C. Saya sering meluangkan masa saya dengan kawan baru saya waktu rehat lalu meninggalkan kawan lama saya keseorangan. Tentang itulah persahabatan kami semakin renggang dan kami sering bertengkar sehingga kami berdua menyerah dan membilang satu sama lain bahawa kami lebih baik putuskan persahabatan kami daripada selalu bertengkar berulangkali. tidak terlintas di fikiran saya bahawa sikap saya akan menyakiti hati seorang kawan yang selalu setia dengan saya. Sehingga kinilah kenangan itu masih kekal di fikiran saya kerana ia telah mengajar saya bahawa kami boleh berkawan satu sama lain tidak kiralah kami ini tidak setaraf.

Ahad, 24 Oktober 2010

Menjelang Peperiksaan.


Peperiksaan:

Saya telah membuat persiapan yang penting dan yang perlu sahaja untuk peperiksaan saya. Ini adalah contoh-contoh perisapan yang saya telah melakukan:
1) Mengulangkaji

2) Membuat latihan sebanyak mungkin dan lain-lain lagi.
Walaupun saya telah membuat persiapan yang secukupnya, saya tidak tahu mengapa saya mempunyai perasaan yang gementar setiap kali peperiksaan menjelang. Mungkin saya selalu fikir yang negatif seperti tidak meluluskan segala subjek-subjek walaupun saya telah mencuba sedaya-upaya saya. Saya berharap bahawa apabila peperiksaan yang tidak lama lagi menjelang, saya boleh membuat dengan betul, berfikir positif dan dapat meluluskan segala subjek-subjek yang terlibat dalam pepriksaan akhir tahun ini. Saya berharap sangat bahawa permintaan saya akan dimakbulkan oleh Tuhan.

Isnin, 27 September 2010

Sajak Pelangi.

Ada yang berkata engkaulah petanda cuaca
turun dengan pelbagai warna.
Benarkah, pelangi?

Ada yang berkata di hujungmu tersimpan peti
penuh pewarna-warni
dan juga permata hati.
Benarkah, pelangi?

Ada yang berkata
engkau muncul selepas hujan
bila matahari memancar cahaya
dan wujudlah tujuh warna.

Aku ingin menghampirimu
namun kau berjauhan dariku
dan kehadiranmu sebentar sahaja
apabila matahari sudah lama
dan kau hilang entah ke mana
Kenapakah, pelangi?

Khamis, 23 September 2010

Sajak(Hujan)

Ada yang berkata
engkaulah sumber kehidupan
yang membasahi alam tumbuh-tumbuhan.
Betulkah,hujan?
Ada yang berkata
engkau turun membasahi bumi
membawa nasib untuk kami.
Tahukah engkau,hujan?
Aku ingin
engkau memberi kebaikan kepada kami. apatah daya aku di dunia,hujan.
Aku hanya mahu yang terbaik.
Engkaulah yang menghibur dunia
dan engkaulah inspirasi.

Rabu, 15 September 2010

Pengalaman Saya Apabila Negeri Saya dilanda hujan air Batu.

Hujan air batu:
Hujan air batu tidak pernah melanda negeri saya tetapi jikalau ia benar terjadi di negeri saya, tentu sekali saya berasa terkejut kerana inilah pertama kali pengalaman saya mengalami hujan air batu. Ia agak berbahayakan semua orang tentang keselamatan mereka. saya berasa takut dan bimbang kerana banyak soalan yang bermain di mindah saya. Saya berasa takut untuk keluar dari rumah saya. Saya juga berasa bimbang tentang keselamatan orang yang saya amat sayangi. Air batu ini sebesar bola golf sekecil kacang pea. Ia bukan datang dalam bentuk bulat tetapi ia datang dalam bentuk empat segi. Jadi bila ia jatuh, ia akan senang melukakan kepala orang kerana sudut tepi bentuknya tajam, jadi apabila ia jatuh kepala orang, ia akan mencalakan kepala orang. Jadi jikalau kepala sesiapa yang sungguh licin, risikonya lebih tinggi untuk menjadi mangsa dalam kemalangan ini.

Isnin, 2 Ogos 2010

Pencapaian Saya.

Pencapaian Saya pada 2006-2011:

Pencapaian saya:
-Untuk mendapat markah yang cemerlang pada setiap ujian.
-Membuat yang terbaik untuk masa depan saya.
-Membuat yang terbaik dalam kesemua pelajaran.

Perubahan pada diri saya:
-Markah saya semakin merosot.
-Masa untuk saya belajar semakin kurang.
-Pemahaman saya kepada subjek Matematik kurang jelas.

Cita-cita saya:
-Untuk menolong ibu/bapa saya dan orang-orang yang memerlukan pertolongan.
-Untuk menjadi orang yang berguna dan cemerlang dalam mata kesmeua pelajaran.
-Untuk mendapat kerja yang berguna dan berfaedah.

Harapan ibu/bapa saya:
-Menjadi anak/murid yang bijak dan berguna.
-Membuat yang terbaik untuk semua mata pelajaraan saya.
-Menghormat orang yang lebih tua dari saya.

Harapan saya:
-Membuat yang terbaik dalam semua mata pelajaran saya.
-Akan lulus peperiksaan PSLE tahun hadapan.
-Akan memenuhi semua harapan ibu/bapa saya.