Ada yang berkata engkaulah petanda cuaca
turun dengan pelbagai warna.
Benarkah, pelangi?
Ada yang berkata di hujungmu tersimpan peti
penuh pewarna-warni
dan juga permata hati.
Benarkah, pelangi?
Ada yang berkata
engkau muncul selepas hujan
bila matahari memancar cahaya
dan wujudlah tujuh warna.
Aku ingin menghampirimu
namun kau berjauhan dariku
dan kehadiranmu sebentar sahaja
apabila matahari sudah lama
dan kau hilang entah ke mana
Kenapakah, pelangi?
Nurulhuda, Cikgu lihat kamu sudah seronok menulis sajak ya. Sajak pelangi ini juga menarik. Teruskan usahamu. =)
BalasPadamSaya suka dengan sjak ini. Adakah kamu yang mengarang sajak ini?
BalasPadamSaya suka sajak kamu kerana ia menarik. Kamu menulis sajak dengan baik.
BalasPadamIndah sungguh sajak kamu.
BalasPadam