Isnin, 27 September 2010

Sajak Pelangi.

Ada yang berkata engkaulah petanda cuaca
turun dengan pelbagai warna.
Benarkah, pelangi?

Ada yang berkata di hujungmu tersimpan peti
penuh pewarna-warni
dan juga permata hati.
Benarkah, pelangi?

Ada yang berkata
engkau muncul selepas hujan
bila matahari memancar cahaya
dan wujudlah tujuh warna.

Aku ingin menghampirimu
namun kau berjauhan dariku
dan kehadiranmu sebentar sahaja
apabila matahari sudah lama
dan kau hilang entah ke mana
Kenapakah, pelangi?

Khamis, 23 September 2010

Sajak(Hujan)

Ada yang berkata
engkaulah sumber kehidupan
yang membasahi alam tumbuh-tumbuhan.
Betulkah,hujan?
Ada yang berkata
engkau turun membasahi bumi
membawa nasib untuk kami.
Tahukah engkau,hujan?
Aku ingin
engkau memberi kebaikan kepada kami. apatah daya aku di dunia,hujan.
Aku hanya mahu yang terbaik.
Engkaulah yang menghibur dunia
dan engkaulah inspirasi.

Rabu, 15 September 2010

Pengalaman Saya Apabila Negeri Saya dilanda hujan air Batu.

Hujan air batu:
Hujan air batu tidak pernah melanda negeri saya tetapi jikalau ia benar terjadi di negeri saya, tentu sekali saya berasa terkejut kerana inilah pertama kali pengalaman saya mengalami hujan air batu. Ia agak berbahayakan semua orang tentang keselamatan mereka. saya berasa takut dan bimbang kerana banyak soalan yang bermain di mindah saya. Saya berasa takut untuk keluar dari rumah saya. Saya juga berasa bimbang tentang keselamatan orang yang saya amat sayangi. Air batu ini sebesar bola golf sekecil kacang pea. Ia bukan datang dalam bentuk bulat tetapi ia datang dalam bentuk empat segi. Jadi bila ia jatuh, ia akan senang melukakan kepala orang kerana sudut tepi bentuknya tajam, jadi apabila ia jatuh kepala orang, ia akan mencalakan kepala orang. Jadi jikalau kepala sesiapa yang sungguh licin, risikonya lebih tinggi untuk menjadi mangsa dalam kemalangan ini.