Persiapan Tahun 2011.:
Tahun ini sungguh genting dan bermakna bagi saya kerana saya akan menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah pada bulan September nanti. Saya berasa seperti masa berlalu dengan cepat sekali. Saya juga berasa yang saya ini tidak sabar dan ghairah kerana jikalau saya lulus dalam peperiksaan tersebut, saya telah mencapai matlamat dan azam saya, saya akan ke sekolah menengah yang saya berminat untuk berada di sana dan saya telah membuat kesemua ahli keluarga saya begitu gembira dan bangga sekali dengan atas kerjaya saya kerana mereka telah mengharap-harapkan saya untuk mengalahkan agregat abang-abang saya. Jadi jikalau saya hendak mencapai matlamat, azam dan impian saya itu, saya harus membuat perkara-perkara yang berfaedah dan yang boleh menolong saya dalam peperiksaan tersebut seperti mengulangkaji pelajaran pada masa lalu dan di sekolah tadi dan membuat lebih banyak latihan yang berdasarkan apa yang saya telah pelajari. Saya berharap jilkalau saya belajar dengan tekun dan rajin, dengan bantuan tersebut boleh membuat saya lulus dalam Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah dan keluar dari sekolah rendah saya. Saya berdoa bahawa apa yang saya minta akan dimakbulkan pada masanya...
Nurulhuda, kalau hendak mencapai keputusan yang baik, Nurul mesti berusaha dengan lebih awal dan belajar secara konsisten. Mudah-mudahan doa Nurul dimakbulkan.
BalasPadam