Selasa, 5 Julai 2011

Cerita Katak Di Bawah Tempurung.

Satu kisah yang berlaku pada diri seorang wanita bernama Aminah. Dia tinggal sebatang kara selepas ibu bapanya meninggal dunia lebih kurang tiga tahun yang lalu. Kehidupan Aminah tidak begitu canggih kerana bapanya telah mewarisi sedikit harta kepadanya. Aminah seorang yang agak pendiam dan tidak mempunyai ramai kenalan jadi dia cuma mengharapkan wang daripada harta-harta tersebut untuk menyara kehidupannya. Harta-harta tersebut termasuklah tanah-tanah, sawah-sawah, kebun-kebun, rumah-rumah sewa serta rumah sendiri untuk memberikan pendapatan yang lumayan. Aminah jarang berbual bersama orang jadi dia jarang menonton televisyen dan membaca surat khabar. Oleh itu, sudah tentu dia tidak tahu hal-hal yang berlaku di sekelilingnya.


Hari-hari Aminah berjalan seperti biasa sehinggalah pada suatu hari dia didatangi oleh seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Osman. Dia datang menemui Aminah kerana dia hendak menjual telefon-telefon bimbit yang tercanggih dengan harga yang termurah. Aminah yang mula-mula tidak percaya dengan Osman akhirnya terpedaya dengannya juga. Oleh itu Aminah pun bersetuju untuk membayar wang deposit sebanyak $500 ke dalam akaun bank Osman pada saat itu juga dan Osman pun menetapkan tarikh dan tempat untuk Aminah mengambil telefon bimbitnya. Osman memberitahu Aminah bahawa ia akan mengambil sebanyak 3 hari untuk telefon bimbitnya diimport ke Singapura.


3 hari pun sudah berlalu dan Aminah mula risau kerana Osman tidak berjumpa bersama dia. Aminah pun cepat-cepat mengambil tindakan untuk cuba benghubungi Osman. Aminah semakin letih untuk menghubungi Osman lagi kerana sudah berkali-kali dia cuba untuk mendapat Osman tetapi satu pun Osman tidak menjawab. Sikap Osman membuat Aminah lebih risau dan geram. Aminah memberi Osman tempoh masa yang cukup untuk dia menghubungi Aminah kembali. Lama kelaman Aminah pun menghubungi pihak polis untuk membuat laporan. Dia pun memberi pihak polis segala butir-butiran yang dia dapat atau tahu tentang Osman.


Pada keesokkan hari, pihak polis menghubungi Aminah untuk memberitahunya berita buruk. Polis mengatakan bahawa Aminah telah ditipu oleh Osman. Dia telah melarikan diri ke Japan. Raut wajah Aminah kelihatan kecewa. Polis juga berkata bahawa mereka akan meminta tolong dari pihak polis di Japan untuk menangkap Osman lalu membawanya ke Singapura. Aminah merayu kepada polis tersebut untuk cuba menangkap Osman secepat mungkin dan memulangkan duitnya itu. Polis itu berkata bahawa mereka juga akan membekukan akaun-akaun Osman supaya dia tida dapat untuk mengeluarkan apa-apa jumlah wang pun.


Beberapa hari kemudian, kes Aminah telah selesai dan dia juga dapat wangnya kembali. Dia amat bersyukur tetapi dia kecewa bahawa sikapnya yang seperti katak di bawah tempurung membuat dirinya ditipu oleh seorang penipu yang hebat. Buat Osman pula, dia dipenjarakan selama 5 tahun atas perbuatannya yang salah itu. Dia juga akan menerima sebatan sebanyak 25 kali.


Kesimpulannya, kita perlulah mengambil iktibar tentang kejadian yang berlaku ke atas diri Aminah. Dari kisah tersebut, dapatlah kita rumuskan bahawa keadaan ini merupakan satu kerugian kepada kita. Biarlah kita menjadi seorang yang tahu segala yang berlaku di sekeliling kita. Janganlah kita menjadi seperti ‘katak di bawah tempurung’, kelak kita juga yang akan rugi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan