Isnin, 1 Ogos 2011

Persiapan untuk peperiksaan PSLE Oral.

Pada tahun ini, saya akan menduduki peperiksaan yang amat besar bagi saya iaitu peperiksaan PSLE. Pada 18-19 Ogos 2011, saya akan menduduki peperiksaan lisan PSLE. Saya telah mengambil kesempatan untuk melungsuri lelaman web pelajaran untuk menelaah lisan saya. Untuk lisan ini, saya amat lemah dalam bahagian C iaitu saya harus menceritakan sebuah peristiwa berdasarkan topik yang diberi. Saya telah berkali-kali mencuba untuk memperbaiki bahagian tersebut tetapi pada harinya sendiri saya mengelabah untuk menceritakan kisah saya. Kadang-kadang saya sedar bahawa cerita saya amat membosankan kerana saya tahu saya telah membuat-buat kisah tersebut. Pada bahagian A pula iaitu saya dikehendaki untuk membaca sebuah teks yang agak ringkas. Saya sudah yakin dengan kebolehan saya untuk membaca dengan bagus. Sudah berkali-kali saya mendapatkan markah yang tinggi untuk bahagian bacaan. Saya memang gemar membaca buku yang mengikut kisah benar atau novel-novel sebab itu bacaan saya amat memuaskan. Saya telah membaca dengan menggunakan bahasa baku saya, melafazkan setiap perkataan dengan jelas dan mungkin saya membaca dengan perlahan. Buat bahagian B pula iaitu bahagian penggambaran. Saya disuruh untuk menceritakan apa yang saya lihat di gambar itu lalu saya harus menegur perbuatan yang salah dicontohi di gambar tersebut. Untuk bahagian ini, saya rasa saya telah membuat yang terbaik untuk memuaskan guru yang sedang menguji saya. Tetapi selepas peperiksaan lisan tersebut, saya dapat tahu bahawa markah saya agak menggembirakan saya walaupun saya rasa bahawa saya telah membuat dengan teruk sekali. Mungkin guru itu baik hati untuk memberi saya markah yang sesuai. Walaubagaimanapun, saya harap dengan persediaan awal saya, lisan saya untuk peperiksaan PSLE ini sungguh bagus daripada apa yang saya telah dapat sebelumnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan