Re.: Ucapan Selamat Hari Guru.
Dari: Nurulhuda.
Kepada semua guru yang telah mengajar saya di Sekolah Rendah Woodgrove, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru. Saya amat menghargai pengorbanan guru-guru saya untuk mengajar saya. Saya pun ingin meminta maaf jikalau kejayaan saya tidak memuaskan hati guru-guru saya. Saya akan cuba sedaya-upaya untuk lulus dengan lebih cemerlang. Oleh itu, saya ignin mengucapkan sekali lagi Selamat Hari Guru!(:
Melayuku. Bahasaku.
Rabu, 31 Ogos 2011
Selamat Hari Raya.
Re.: Ucapan Selamat Hari Raya.
Kepada semua rakan dan guru saya, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Jikalau kesalahan saya telah membuat kamu semua tersinggung, saya ingin sekali memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam!(:
Kepada semua rakan dan guru saya, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Jikalau kesalahan saya telah membuat kamu semua tersinggung, saya ingin sekali memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam!(:
Adik tersayang segak bergaya,
Mengait kuih di atas para,
Suasana riang di hari raya,
Bermaaf-maafan riang gembira.
Isnin, 1 Ogos 2011
Persiapan untuk peperiksaan PSLE Oral.
Pada tahun ini, saya akan menduduki peperiksaan yang amat besar bagi saya iaitu peperiksaan PSLE. Pada 18-19 Ogos 2011, saya akan menduduki peperiksaan lisan PSLE. Saya telah mengambil kesempatan untuk melungsuri lelaman web pelajaran untuk menelaah lisan saya. Untuk lisan ini, saya amat lemah dalam bahagian C iaitu saya harus menceritakan sebuah peristiwa berdasarkan topik yang diberi. Saya telah berkali-kali mencuba untuk memperbaiki bahagian tersebut tetapi pada harinya sendiri saya mengelabah untuk menceritakan kisah saya. Kadang-kadang saya sedar bahawa cerita saya amat membosankan kerana saya tahu saya telah membuat-buat kisah tersebut. Pada bahagian A pula iaitu saya dikehendaki untuk membaca sebuah teks yang agak ringkas. Saya sudah yakin dengan kebolehan saya untuk membaca dengan bagus. Sudah berkali-kali saya mendapatkan markah yang tinggi untuk bahagian bacaan. Saya memang gemar membaca buku yang mengikut kisah benar atau novel-novel sebab itu bacaan saya amat memuaskan. Saya telah membaca dengan menggunakan bahasa baku saya, melafazkan setiap perkataan dengan jelas dan mungkin saya membaca dengan perlahan. Buat bahagian B pula iaitu bahagian penggambaran. Saya disuruh untuk menceritakan apa yang saya lihat di gambar itu lalu saya harus menegur perbuatan yang salah dicontohi di gambar tersebut. Untuk bahagian ini, saya rasa saya telah membuat yang terbaik untuk memuaskan guru yang sedang menguji saya. Tetapi selepas peperiksaan lisan tersebut, saya dapat tahu bahawa markah saya agak menggembirakan saya walaupun saya rasa bahawa saya telah membuat dengan teruk sekali. Mungkin guru itu baik hati untuk memberi saya markah yang sesuai. Walaubagaimanapun, saya harap dengan persediaan awal saya, lisan saya untuk peperiksaan PSLE ini sungguh bagus daripada apa yang saya telah dapat sebelumnya.
Selasa, 19 Julai 2011
Faedah Blogging.
Faedah Blogging.
1. Blogging telah membuat saya untuk memperbaiki penggunaan Bahasa Melayu saya. Ia juga telah membuat saya mempelajari perkataan yang saya tidak biasa menggunakannya.
2. Blogging telah membantu saya untuk berinteraksi bersama orang melalui blog-blog yang menjadi pengikut saya.
3. Blogging pun telah membuat saya senang untuk meluahkan segala-galanya supaya saya tidak perlu menulis lagi di dalam diari saya.
Blogging telah membuat kehidupan saya senang untuk meluahkan apa-apa yang saya telah lalui kerana saya menggangap lelaman blog ini adalah diari ringkas saya. Kadangkalah, lelaman blog ini pun boleh menjadi bahan kerja rumah saya kerana kadang-kadang, guru saya akan memberikan sebuah topik untuk membuat sebagai kerja rumah. Blogging telah banyak membantu saya.
Selasa, 5 Julai 2011
Cerita Katak Di Bawah Tempurung.
Satu kisah yang berlaku pada diri seorang wanita bernama Aminah. Dia tinggal sebatang kara selepas ibu bapanya meninggal dunia lebih kurang tiga tahun yang lalu. Kehidupan Aminah tidak begitu canggih kerana bapanya telah mewarisi sedikit harta kepadanya. Aminah seorang yang agak pendiam dan tidak mempunyai ramai kenalan jadi dia cuma mengharapkan wang daripada harta-harta tersebut untuk menyara kehidupannya. Harta-harta tersebut termasuklah tanah-tanah, sawah-sawah, kebun-kebun, rumah-rumah sewa serta rumah sendiri untuk memberikan pendapatan yang lumayan. Aminah jarang berbual bersama orang jadi dia jarang menonton televisyen dan membaca surat khabar. Oleh itu, sudah tentu dia tidak tahu hal-hal yang berlaku di sekelilingnya.
Hari-hari Aminah berjalan seperti biasa sehinggalah pada suatu hari dia didatangi oleh seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Osman. Dia datang menemui Aminah kerana dia hendak menjual telefon-telefon bimbit yang tercanggih dengan harga yang termurah. Aminah yang mula-mula tidak percaya dengan Osman akhirnya terpedaya dengannya juga. Oleh itu Aminah pun bersetuju untuk membayar wang deposit sebanyak $500 ke dalam akaun bank Osman pada saat itu juga dan Osman pun menetapkan tarikh dan tempat untuk Aminah mengambil telefon bimbitnya. Osman memberitahu Aminah bahawa ia akan mengambil sebanyak 3 hari untuk telefon bimbitnya diimport ke Singapura.
3 hari pun sudah berlalu dan Aminah mula risau kerana Osman tidak berjumpa bersama dia. Aminah pun cepat-cepat mengambil tindakan untuk cuba benghubungi Osman. Aminah semakin letih untuk menghubungi Osman lagi kerana sudah berkali-kali dia cuba untuk mendapat Osman tetapi satu pun Osman tidak menjawab. Sikap Osman membuat Aminah lebih risau dan geram. Aminah memberi Osman tempoh masa yang cukup untuk dia menghubungi Aminah kembali. Lama kelaman Aminah pun menghubungi pihak polis untuk membuat laporan. Dia pun memberi pihak polis segala butir-butiran yang dia dapat atau tahu tentang Osman.
Pada keesokkan hari, pihak polis menghubungi Aminah untuk memberitahunya berita buruk. Polis mengatakan bahawa Aminah telah ditipu oleh Osman. Dia telah melarikan diri ke Japan. Raut wajah Aminah kelihatan kecewa. Polis juga berkata bahawa mereka akan meminta tolong dari pihak polis di Japan untuk menangkap Osman lalu membawanya ke Singapura. Aminah merayu kepada polis tersebut untuk cuba menangkap Osman secepat mungkin dan memulangkan duitnya itu. Polis itu berkata bahawa mereka juga akan membekukan akaun-akaun Osman supaya dia tida dapat untuk mengeluarkan apa-apa jumlah wang pun.
Beberapa hari kemudian, kes Aminah telah selesai dan dia juga dapat wangnya kembali. Dia amat bersyukur tetapi dia kecewa bahawa sikapnya yang seperti katak di bawah tempurung membuat dirinya ditipu oleh seorang penipu yang hebat. Buat Osman pula, dia dipenjarakan selama 5 tahun atas perbuatannya yang salah itu. Dia juga akan menerima sebatan sebanyak 25 kali.
Kesimpulannya, kita perlulah mengambil iktibar tentang kejadian yang berlaku ke atas diri Aminah. Dari kisah tersebut, dapatlah kita rumuskan bahawa keadaan ini merupakan satu kerugian kepada kita. Biarlah kita menjadi seorang yang tahu segala yang berlaku di sekeliling kita. Janganlah kita menjadi seperti ‘katak di bawah tempurung’, kelak kita juga yang akan rugi.
Selasa, 28 Jun 2011
Percutian Pada Bulan Jun.
Pada bulan Jun pada tahun ini, saya telah menggunakan masa saya degan bijak. Saya telah menelaah pelajaran saya selama tiga minggu. Dan pada minggu ketiga itu juga, keluarga saya dan pak cik saya telah ke Johor Bahru untuk bercuti bersama. Kami bermalam di sebuah hotel yang bernama Tistle selama tiga hari dua malam. Kami berangkat pada hari Jumaat pagi menaiki sebuah kereta sewa. Setelah kami melalui tempat pemeriksaan pasport, kami terus menuju ke sebuah gerai yang terletak di kawasan perumahan untuk makan tengah hari. Selepas itu, ayah saya menghantar kaum wanita ke sebuah pusat membeli-belah Angsana lalu kaum lelaki ke masjid untuk bersolat Jumaat. Ibu, saya dan mak cik saya telah mencuci-cuci mata kami di sebuah butik kain bernama Gulatis. Kami ke sana kerana kami hendak mencari kain untuk dijahit buat Hari Raya tetapi tiada kain yang menarik perhatian kami dan harganya pula agak mahal berbandingkan dengan Singapura. Kami pun meninggalkan butik itu dan ke tempat lain. Sambil itu, kami ada juga singgah ke sebuah kedai farmasi untuk membeli serba-sedikit barang keperluan kami seperti ubat gigi. Selepas kami bertiga sudah puas membeli-belah, tepat pada jam 14:45pm, kaum lelaki pun tiba dan mengambil kami di pusat membeli-belah itu untuk ke hotel supaya kami boleh daftar masuk dan menyimpan beg-beg pakaian kami. Selepas itu, kami menuju ke rumah nenek kami secara kejutan tetapi dia tidak ada di rumah. Kami tidak tahu ke mana dia bersama menantunya. Dua jam pun sdah berlalu dan kami ke sebuah restoran untuk makan malam kami pula. Selepas itu, kami semua ke Danga Bay untuk bermain pelbagai permainan di situ. Kami bermain hingga lewat malam. Pada jam 12:00 mlm, kami pun pulang ke hotel untuk rehat. Tiga hari pun sudah berlalu dan tibanya pula untuk kami semua pulang ke Singapura semula. Saya sekeluarga tiba di rumah lewat malam. Saya pulang dengan perasaan yang sedih kerana saya rasa saya tidak puas bercuti. Tapi saya percaya bahawa saya masih ada masa yang lain untuk pergi bercuti lagi.
Selasa, 17 Mei 2011
Kemahuan Saya Selepas PSLE.
Jika saya lulus dalam peperiksaan saya yang terbesar dan tidak lama lagi yang akan menjelma, saya akan dapat ganjaran yang amat menarik daripada ibu dan bapa saya. Mereka akan membenarkan saya mengikut saudara saya kenegeri London. Itupun jikalau saya berusaha dengan kukuh dan mencapai matlamat saya atau saya mengalahkan agregat abang saya. Jika tidak pun, ibu dan bapa saya akan membelikan saya telefon bimbit yang terbaru seperti "Blackberry". Itu memang impian saya tetapi saya rasa saya tidak akan memiliki telefon itu kerana ia agak mahal. Agregat yang saya ingini adalah lebih daripada 227 supaya saya boleh ke London atau 190-200 untuk memliki telefon bimbit tersebut. Kerja saya senang sahaja, saya harus belajar dengan tekun jadi saya boleh mendapatkan ganjaran saya yang menarik itu.
Langgan:
Catatan (Atom)