Rabu, 31 Ogos 2011

Selamat Hari Guru.

Re.: Ucapan Selamat Hari Guru.

Dari: Nurulhuda.
  
   Kepada semua guru yang telah mengajar saya di Sekolah Rendah Woodgrove, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru. Saya amat menghargai pengorbanan guru-guru saya untuk mengajar saya. Saya pun ingin meminta maaf jikalau kejayaan saya tidak memuaskan hati guru-guru saya. Saya akan cuba sedaya-upaya untuk lulus dengan lebih cemerlang. Oleh itu, saya ignin mengucapkan sekali lagi Selamat Hari Guru!(:

Selamat Hari Raya.

Re.: Ucapan Selamat Hari Raya.

   Kepada semua rakan dan guru saya, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Jikalau kesalahan saya telah membuat kamu semua tersinggung, saya ingin sekali memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam!(:

Adik tersayang segak bergaya,

Mengait kuih di atas para,

Suasana riang di hari raya,

Bermaaf-maafan riang gembira.

Isnin, 1 Ogos 2011

Persiapan untuk peperiksaan PSLE Oral.

Pada tahun ini, saya akan menduduki peperiksaan yang amat besar bagi saya iaitu peperiksaan PSLE. Pada 18-19 Ogos 2011, saya akan menduduki peperiksaan lisan PSLE. Saya telah mengambil kesempatan untuk melungsuri lelaman web pelajaran untuk menelaah lisan saya. Untuk lisan ini, saya amat lemah dalam bahagian C iaitu saya harus menceritakan sebuah peristiwa berdasarkan topik yang diberi. Saya telah berkali-kali mencuba untuk memperbaiki bahagian tersebut tetapi pada harinya sendiri saya mengelabah untuk menceritakan kisah saya. Kadang-kadang saya sedar bahawa cerita saya amat membosankan kerana saya tahu saya telah membuat-buat kisah tersebut. Pada bahagian A pula iaitu saya dikehendaki untuk membaca sebuah teks yang agak ringkas. Saya sudah yakin dengan kebolehan saya untuk membaca dengan bagus. Sudah berkali-kali saya mendapatkan markah yang tinggi untuk bahagian bacaan. Saya memang gemar membaca buku yang mengikut kisah benar atau novel-novel sebab itu bacaan saya amat memuaskan. Saya telah membaca dengan menggunakan bahasa baku saya, melafazkan setiap perkataan dengan jelas dan mungkin saya membaca dengan perlahan. Buat bahagian B pula iaitu bahagian penggambaran. Saya disuruh untuk menceritakan apa yang saya lihat di gambar itu lalu saya harus menegur perbuatan yang salah dicontohi di gambar tersebut. Untuk bahagian ini, saya rasa saya telah membuat yang terbaik untuk memuaskan guru yang sedang menguji saya. Tetapi selepas peperiksaan lisan tersebut, saya dapat tahu bahawa markah saya agak menggembirakan saya walaupun saya rasa bahawa saya telah membuat dengan teruk sekali. Mungkin guru itu baik hati untuk memberi saya markah yang sesuai. Walaubagaimanapun, saya harap dengan persediaan awal saya, lisan saya untuk peperiksaan PSLE ini sungguh bagus daripada apa yang saya telah dapat sebelumnya.

Selasa, 19 Julai 2011

Faedah Blogging.

Faedah Blogging.
 
1. Blogging telah membuat saya untuk memperbaiki penggunaan Bahasa Melayu saya. Ia juga telah membuat saya mempelajari perkataan yang saya tidak biasa menggunakannya.
2. Blogging telah membantu saya untuk berinteraksi bersama orang melalui blog-blog yang menjadi pengikut saya.
3. Blogging pun telah membuat saya senang untuk meluahkan segala-galanya supaya saya tidak perlu menulis lagi di dalam diari saya.
 
Blogging telah membuat kehidupan saya senang untuk meluahkan apa-apa yang saya telah lalui kerana saya menggangap lelaman blog ini adalah diari ringkas saya. Kadangkalah, lelaman blog ini pun boleh menjadi bahan kerja rumah saya kerana kadang-kadang, guru saya akan memberikan sebuah topik untuk membuat sebagai kerja rumah. Blogging telah banyak membantu saya.

Selasa, 5 Julai 2011

Cerita Katak Di Bawah Tempurung.

Satu kisah yang berlaku pada diri seorang wanita bernama Aminah. Dia tinggal sebatang kara selepas ibu bapanya meninggal dunia lebih kurang tiga tahun yang lalu. Kehidupan Aminah tidak begitu canggih kerana bapanya telah mewarisi sedikit harta kepadanya. Aminah seorang yang agak pendiam dan tidak mempunyai ramai kenalan jadi dia cuma mengharapkan wang daripada harta-harta tersebut untuk menyara kehidupannya. Harta-harta tersebut termasuklah tanah-tanah, sawah-sawah, kebun-kebun, rumah-rumah sewa serta rumah sendiri untuk memberikan pendapatan yang lumayan. Aminah jarang berbual bersama orang jadi dia jarang menonton televisyen dan membaca surat khabar. Oleh itu, sudah tentu dia tidak tahu hal-hal yang berlaku di sekelilingnya.


Hari-hari Aminah berjalan seperti biasa sehinggalah pada suatu hari dia didatangi oleh seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Osman. Dia datang menemui Aminah kerana dia hendak menjual telefon-telefon bimbit yang tercanggih dengan harga yang termurah. Aminah yang mula-mula tidak percaya dengan Osman akhirnya terpedaya dengannya juga. Oleh itu Aminah pun bersetuju untuk membayar wang deposit sebanyak $500 ke dalam akaun bank Osman pada saat itu juga dan Osman pun menetapkan tarikh dan tempat untuk Aminah mengambil telefon bimbitnya. Osman memberitahu Aminah bahawa ia akan mengambil sebanyak 3 hari untuk telefon bimbitnya diimport ke Singapura.


3 hari pun sudah berlalu dan Aminah mula risau kerana Osman tidak berjumpa bersama dia. Aminah pun cepat-cepat mengambil tindakan untuk cuba benghubungi Osman. Aminah semakin letih untuk menghubungi Osman lagi kerana sudah berkali-kali dia cuba untuk mendapat Osman tetapi satu pun Osman tidak menjawab. Sikap Osman membuat Aminah lebih risau dan geram. Aminah memberi Osman tempoh masa yang cukup untuk dia menghubungi Aminah kembali. Lama kelaman Aminah pun menghubungi pihak polis untuk membuat laporan. Dia pun memberi pihak polis segala butir-butiran yang dia dapat atau tahu tentang Osman.


Pada keesokkan hari, pihak polis menghubungi Aminah untuk memberitahunya berita buruk. Polis mengatakan bahawa Aminah telah ditipu oleh Osman. Dia telah melarikan diri ke Japan. Raut wajah Aminah kelihatan kecewa. Polis juga berkata bahawa mereka akan meminta tolong dari pihak polis di Japan untuk menangkap Osman lalu membawanya ke Singapura. Aminah merayu kepada polis tersebut untuk cuba menangkap Osman secepat mungkin dan memulangkan duitnya itu. Polis itu berkata bahawa mereka juga akan membekukan akaun-akaun Osman supaya dia tida dapat untuk mengeluarkan apa-apa jumlah wang pun.


Beberapa hari kemudian, kes Aminah telah selesai dan dia juga dapat wangnya kembali. Dia amat bersyukur tetapi dia kecewa bahawa sikapnya yang seperti katak di bawah tempurung membuat dirinya ditipu oleh seorang penipu yang hebat. Buat Osman pula, dia dipenjarakan selama 5 tahun atas perbuatannya yang salah itu. Dia juga akan menerima sebatan sebanyak 25 kali.


Kesimpulannya, kita perlulah mengambil iktibar tentang kejadian yang berlaku ke atas diri Aminah. Dari kisah tersebut, dapatlah kita rumuskan bahawa keadaan ini merupakan satu kerugian kepada kita. Biarlah kita menjadi seorang yang tahu segala yang berlaku di sekeliling kita. Janganlah kita menjadi seperti ‘katak di bawah tempurung’, kelak kita juga yang akan rugi.

Selasa, 28 Jun 2011

Percutian Pada Bulan Jun.


Pada bulan Jun pada tahun ini, saya telah menggunakan masa saya degan bijak. Saya telah menelaah pelajaran saya selama tiga minggu. Dan pada minggu ketiga itu juga, keluarga saya dan pak cik saya telah ke Johor Bahru untuk bercuti bersama. Kami bermalam di sebuah hotel yang bernama Tistle selama tiga hari dua malam. Kami berangkat pada hari Jumaat pagi menaiki sebuah kereta sewa. Setelah kami melalui tempat pemeriksaan pasport, kami terus menuju ke sebuah gerai yang terletak di kawasan perumahan untuk makan tengah hari. Selepas itu, ayah saya menghantar kaum wanita ke sebuah pusat membeli-belah Angsana lalu kaum lelaki ke masjid untuk bersolat Jumaat. Ibu, saya dan mak cik saya telah mencuci-cuci mata kami di sebuah butik kain bernama Gulatis. Kami ke sana kerana kami hendak mencari kain untuk dijahit buat Hari Raya tetapi tiada kain yang menarik perhatian kami dan harganya pula agak mahal berbandingkan dengan Singapura. Kami pun meninggalkan butik itu dan ke tempat lain. Sambil itu, kami ada juga singgah ke sebuah kedai farmasi untuk membeli serba-sedikit barang keperluan kami seperti ubat gigi. Selepas kami bertiga sudah puas membeli-belah, tepat pada jam 14:45pm, kaum lelaki pun tiba dan mengambil kami di pusat membeli-belah itu untuk ke hotel supaya kami boleh daftar masuk dan menyimpan beg-beg pakaian kami. Selepas itu, kami menuju ke rumah nenek kami secara kejutan tetapi dia tidak ada di rumah. Kami tidak tahu ke mana dia bersama menantunya. Dua jam pun sdah berlalu dan kami ke sebuah restoran untuk makan malam kami pula. Selepas itu, kami semua ke Danga Bay untuk bermain pelbagai permainan di situ. Kami bermain hingga lewat malam. Pada jam 12:00 mlm, kami pun pulang ke hotel untuk rehat. Tiga hari pun sudah berlalu dan tibanya pula untuk kami semua pulang ke Singapura semula. Saya sekeluarga tiba di rumah lewat malam. Saya pulang dengan perasaan yang sedih kerana saya rasa saya tidak puas bercuti. Tapi saya percaya bahawa saya masih ada masa yang lain untuk pergi bercuti lagi.

Selasa, 17 Mei 2011

Kemahuan Saya Selepas PSLE.

Jika saya lulus dalam peperiksaan saya yang terbesar dan tidak lama lagi yang akan menjelma, saya akan dapat ganjaran yang amat menarik daripada ibu dan bapa saya. Mereka akan membenarkan saya mengikut saudara saya kenegeri London. Itupun jikalau saya berusaha dengan kukuh dan mencapai matlamat saya atau saya mengalahkan agregat abang saya. Jika tidak pun, ibu dan bapa saya akan membelikan saya telefon bimbit yang terbaru seperti "Blackberry". Itu memang impian saya tetapi saya rasa saya tidak akan memiliki telefon itu kerana ia agak mahal. Agregat yang saya ingini adalah lebih daripada 227 supaya saya boleh ke London atau 190-200 untuk memliki telefon bimbit tersebut. Kerja saya senang sahaja, saya harus belajar dengan tekun jadi saya boleh mendapatkan ganjaran saya yang menarik itu.

Selasa, 26 April 2011

Sahabat saya yang pertama.


Nama: Nur Fatheen bte Mokhtar.

Umur: 12 tahun.

Darjah: 6C.

Hari lahir: 26 September 1999.

Sahabat pertama saya ialah Fatheen. Saya sudah kenal dia sejak saya berumur 5 tahun apabila kami pertama kali berjumpa di sekolah tadika kami. Kami telah membina persahabatan kami selama 8 tahun. Dia seorang budak yang cerdik, cantik dan agak lucu. Dia pandai memujuk saya apabila saya sedang sedih. Kami pun suka bantu-membantu satu sama lain apabila kami dalam kesusahan. Pada tahun lepas, persahabatan kami terputus atas pergaduhan kami. Itulah peristiwa yang paling pahit yang saya lalui di dalam kehidupan pelajaran saya. Dia telah memberi saya sepucuk surat mengatakan bahawa dia berasa kecewa atas perbuatan saya yang telah meninggalkan darinya untuk berkawan dengan yang lain. Apabila saya membaca surat itu, hati saya mula diselebungi dengan pelbagai emosi. Saya dapat rasa bahawa dia telah salah anggap atas perbuatan saya yang telah menyakitkan hatinya. Selepas saya membaca surat itu, saya pun bergegas untuk mencari dia. Akhirnya, saya sempat temui dia untuk menerangkan segalanya. Saya pun dengan segera mula untuk bercerita dengan nada suara yang sedih. Ketika saya sedang menceritakan, sebutir demi sebutir air mata saya mengalir di pipi saya. Pada mulanya, raut wajahnya kelihatan marah dan kecewa kerana saya tahu saya telah menyakitkan hatinya tetapi, semakin dia mendengar penjelasan saya, raut wajahnya perlahan-lahan mula untuk berubah dan memahami kisah yang sebenar. Selepas saya menceritakan segalanya, saya meminta maaf banyak kali atas sikap saya yang telah mengecewakan dan menyakitkan dia. Dia pun memeluk saya dan menerima kemaafan saya dengan ikhlas. Sejak peristiwa itu, kami mula membina persahabatan yang baharu.

Isnin, 21 Mac 2011

Cuti Sekolah Saya Selama Seminggu.

Percutian Saya Ke Bali.


Pada cuti sekolah saya pada minggu yang lalu, saya ke Bali di daerah Kuta selam 4 hari 3 malam. Saya ke sana bersama keluarga dan saudara-mara saya. Kami berangkat untul ke sana pada 4:20 petang menaiki kapal terbang bernama "AirAsia". Kami terperangkap di dalam kapal terbang itu selama dua jam sehingga punggung saya sakit kerana saya asyik menduduk sahaja. Kami menginap di sebuah resort yang bernama Kuta Townhouse Resort yang dituju olehseorang rakan saudara saya setiba sahaja kami di sana. Kami pun menuju ke resort tersebut untuk berehat sembentar sebelum kami keluar untuk mencari makan malam kami. Kami pun menuju ke sebuah bangunan pusat membeli-belah. Setiba sahaja kami sampai di hadapan pusat membeli-belah itu, ia sudah tutup. Tiba-tiba pula saya terlihat sebuah kedai makan yang bernama "MacDonald" yang dibuka 24 jam. Dalam mindah saya, saya terfikir takkan kami semua hendak memakan "MacDonald" sahaja kerana di Singapura kami sering juga memakannya, tetapi saya terpaksa mengajak mereka memakan di sana kerana kami semua sudah kelaparan. Saya pun membilang mereka semua apa cadangan saya. Dengan cadangan itu, mereka semua bersetuju walaupun mereka berasa jelak untuk memakannya berulang kali. Selepas makan, kami pulang ke tempat penginapan kami untuk membersihkan diri kami sebelum kami tidur.


Pada hari kedua kami, kami harus bangun siang-siang kerana kami akan berangkat pada jam 9.00 pagi untuk memulakan aktiviti-aktiviti kami. Kami akan ke ladang menanam kopi, Uluwatu dan tempat gunung berapi. Kami ke Uluwatu dahulu. Di situ, kami harus pakai pakaian mengikut adat mereka kerana di dalam temple itu terdapat banyak kubur yang harus dihormati. Dalam perjalan kami dalam temple itu, kami dapat melihat beberapa monyet yang sedang bergayut di pokok-pokok. Bukan itu sahaja kami dapat lihat, kami juga dapat melihat Lautan India yang begitu luas dan biru. Saya amat terpegun dengan keindahan itu. Selepas tiu, kami ke tempat gunung berapi untuk makan tengah hari kami. Tempatnya sejuk apabila saya turun sahaja dari kereta saya. Selepas bermakan, kami pulang balik ke daerah Kuta untuk makan malam. Perjalanannya sungguh lama. ia mengambil 2 jam untuk pulang balik ke Kuta. Tiba sahaja, kami dapat melihat matahari terbenam. Ia sungguh indah juga. Saya amat bersyukur kerana tuhan telah memberi banyak keindahan untuk menghiasi bumi ini. Di situlah saya dapat menikmati keindahan itu sambil saya makan. Anginnya bertiup kencang sekali, kebunyian ombak yang kuat dan pemandangan yang cantik sekali. Selepas kami makan bersama, kami pulang ke resort kami untuk menyegarkan diri sambil berborak-borak bersama.


Pada hari ketiga kami, kami ke Tanah Lot Temple, "Factory Outlet Store" dan kedai oleh-oleh Bali. Temple itu terletak di pertengahan laut. Jikalau laut itu surut, kami boleh berjalan menuju ke temple itu untuk memetik gambar. Malangnya, paras air laut pada hari itu tinggi serta ombaknya kuat sekali. Saya hampa kerana saya beria-ria sangat untuk ke temple itu tetapi bukan nasib saya pada hari tiu. Selepas itu, kami sempat membeli-belah di situ kerana di tempat itu juga terdapat kedai-kedai yang sederet. Kami mula beredar untuk menuju ke "Factory Outlet Store" selepas kami habis membeli-belah. Di dalam bangunan itu, terdapat pelbagai kedai-kedai yang berlain-lain nama. Ada yang bernama Quicksiler, Roxy, Volcom dan banyak lagi. Harga-harga barangan itu semua agak sama di Singapura. Kami cepat-cepat beredar dari situ kerana agak membosankan barangan yang dijual di situ. Selepas itu, kami ke kedai oleh-oleh Bali. Di situ terdapat kuih-kuih tradisional Bali, pelbagai cenderahati dan pakai-pakaian. Ibu saya membeli kuih-kuih itu, pakaian "t-shirt" untuk abang-abang saya dan cenderahati untuk kawan-kawan saya. Ibu saya membelikan kawan-kawan saya sebatang pensel boneka untuk seorang. Selepas kami puas membeli-belah satu hari suntuk, kami berasa penat dan hendak pulang untuk menyegarkan diri dan menyimpan apa yang patut ke dalam beg pakaian kami supaya kami senang untuk esok pagi untuk berangkat pulang ke Singapura. Ketika saya sedang mandi, saya terasa bahawa hati saya berat untuk pulang ke Singapra lagi. Saya tertanya-tanya diri saya sendiri kenapa hari harus berlalu dengan cepat, kenapa sesuatu benda itu bermula harus berakhir. Pelbagai soalan yang bermain di mindah saya. Sesuatu telah membuat saya berat sekali untuk pulang iaitu saya berasa bahawa saya akan merindui Bali dan masa yang keluarga dan saudara-mara saya telah meluangkan bersama. Sebelum kami semua hendak tidur, saya menanya ayah saya kenapa sesuatu benda yang ssempurna telah mula akan berakhir dengan cepat tetapi sesuatu yang pahit akan berakhir lambat. Ayah saya hanya menjawab 3 patah perkataan sahaja iaitu, "Itulah lumrah dunia." Dia terus beredar untuk ke dapur untuk minum sebentar dan saya terus melelapkan mata untuk menenangkan hati saya supaya saya tidak dapat merasakan kesedihan untuk pulang.

Pada hari keempat kami, kami semua bangun awal kerana jam 12.55 tengah hari kami akan berangkat pulang kembali. Semakin hari berdekatan untuk pulang, semakin berat hati saya hendak meninggalkan Bali kerana ia telah meningalkan kami semua kenangan yang begitu manis sekali. Tiba sahaja di lapangan terbang Bali yang bernama "Lapangan Kapal Terbang Ngurah Rai". Rakan saudara saya yang menghantar kami ke lapangan terbang itu. Kami pun mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan saudara saya yang telah menolong kami untuk ke mana-mana sahaja. Saudara saya pun membayar dia atas pertolongannya yang ikhlas itu. Sudah masanya untuk kami bertolak. Kami ke dalam lalu berlambai-lambai kepada rakan saudara saya. Selepas kami semua telah diperiksa oleh kastam polis di situ, kami mula berangkat untuk menaiki ke dalam kapal terbang kami. Raut wajah muka saya nampak begitu sedih sekali kerana hati saya sungguh berat untuk meninggalkan Bali. Keluarga dan saudara mara saya cuba memujuk-mujuk saya untuk menenangkan hati saya. Mereka mengatakan bahawa saya telah banyak bersua-ria sehingga perasan sedih ini membuat saya tidak mahu meninggalkan Bali. Sedetik sahaja jam 12.55 tengah hari, kapal terbang kami mula bergerak untuk memulakan destinasi kami yang ada di dalam kapal terbang itu. Apabila kapal terbang itu sudah di langit, saya melihat ke bawah di tepi kerusi tingkap saya untuk melihat Bali buat terakhir. Saya pun mula tidur kerana pemandangan di luar sudah tidak jeas lagi, Hanya yang saya lihat adalah langit yang biru dan awan-awan shaja. 2 jam pun hampir berlalu dan saya terjaga dari tiduran saya kerana ibu saya mengejut saya lalu memberitahu bahawa kami akan sampai tidak lama lagi. Saya mengucapkan Allhamdullilah dalam hati kerana kami semua telah sampai ke destinasi kami dengan sempurna. Setiba shaja kami keluar dari kapal terbang itu, kami semua berjalan seperti orang tua kerana punggung kami semua penat berduduk sahaja. Apabila kami berjalan menuju ke sabuk beg besar kami, saya ternampak abang pertama saya mengundang kami untuk pulang ke rumah. Apabila semua sudah tiba di rumah dan benda-benda semua sudah kemas di dalam beg pakaian kami, saya menghembus nafas yang lega kerana saya sudah pulang ke rumah saya dan saya dapat bertemu dengan abang saya smeula kerana dia telah ke Taiwan selama seminggu dan pulang apabila saya sekeluarga sudh berangkat hendak ke Bali. Hari pun semakin malam dan kami semua masuk ke bilik masing-masing untuk tidur. Saya masuk ke bilik tidur saya lalu baring sambil memikir apa yang ayah say atelah katakan hari itu benar. Apa yang mula harus berakhir. Dengan secara tiba-tiba, saya tertawa sendiri kerana terfikir bahawa alangkah baiknya jikalau saya dapat mundur balik kepada hari-hari saya di Bali tetapi saya tahu itu mustahil kerana hidup harus diteruskan walaubagaimana pun. Saya rasa bahawa cuti sekolah seminggu itu tidak cukup kerana untuk saya, apabila kami melancong ke mana-mana dan seronok, kami rasa bahawa kami tidak mahu pulang kerana kami tidak puas lagi bersuka-ria di tempat itu. Jikalaulah saya boleh menukar cuti sekolah ini lebih lama sehingga sebulan apabila setiap penggal sudah tamat, kan lebih bagus kami semua dapat meluangkan masa dengan keluarga lebih lama.

Selasa, 15 Februari 2011

Hobi Saya.


Hobi Keminatan Saya:

-Memasak.

-Mencuci baju.

-Mengemas rumah.

-Bermain.

-Perbelanjaan untuk pakaian.
Hobi yang paling saya gemari sekali adalah memasak kerana saya ada bakat dan pandai untuk memasak hidangan yang lazat untuk keluarga saya bersantap. Dahulu, saya benci untuk memasak kerana saya takut dengan api dan minyak yang panas. Jadi semenjak saya sudah menjadi anak dara, saya haruslah belajar untuk memasak supaya saya boleh menolong ibu saya jikalau dia penat untuk memasak. Saya tahu bagaimana untuk memasak pasta, sup sayur dan membuat serabi. Saya juga pandai menggoreng makanan seperti ikan dan ayam. Saya berharap bahawa, saya akan terus menyimpan bakat dan resipi saya sehingga saya dewasa kelak dan boleh menjadi seorang 'chef ' yang terkenal dalam negera saya.

Ahad, 13 Februari 2011

Kegemaran Saya.



Makanan Kegemaran Saya:
-Makanan Barat.
Contoh: Fish and Chips, Spaghetti dan Pizza.
-Makanan Laut.
Contoh: Chilli Crab dan Sambal Udang.
-Makanan Tradisional.
Contoh: Rendang, Sambal Goreng dan Ayam Masak Merah.
-Makanan Ringan.
Contoh: Keropok, Biskut, Cokelat dan ais Krim.
Saya gemar memakan makanan seperti ini kerana makanan ini sungguh lazat terutama sekali makanan tradisional saya. Setiap kali saya pergi ke jemputan, jikalau dihidangkan salah satu makanan kegemaran tradisional saya, saya akan teringat ketika waktu saya menyambut Hari Raya kerana setiap hari pertama Hari Raya itu, ibu saya akan memasakkan Ayam Masak Merah untuk kami sekeluarga bersantap. Pada masa hadapan, jikalau jemputan yang saya pergi dihidangkan makanan kegemaran tradisional saya, saya akan terus ingatkan waktu Hari Raya tersebut. Sekian, Terima Kasih.

Ahad, 23 Januari 2011

Tahun Baharu 2011.


Persiapan Tahun 2011.:


Tahun ini sungguh genting dan bermakna bagi saya kerana saya akan menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah pada bulan September nanti. Saya berasa seperti masa berlalu dengan cepat sekali. Saya juga berasa yang saya ini tidak sabar dan ghairah kerana jikalau saya lulus dalam peperiksaan tersebut, saya telah mencapai matlamat dan azam saya, saya akan ke sekolah menengah yang saya berminat untuk berada di sana dan saya telah membuat kesemua ahli keluarga saya begitu gembira dan bangga sekali dengan atas kerjaya saya kerana mereka telah mengharap-harapkan saya untuk mengalahkan agregat abang-abang saya. Jadi jikalau saya hendak mencapai matlamat, azam dan impian saya itu, saya harus membuat perkara-perkara yang berfaedah dan yang boleh menolong saya dalam peperiksaan tersebut seperti mengulangkaji pelajaran pada masa lalu dan di sekolah tadi dan membuat lebih banyak latihan yang berdasarkan apa yang saya telah pelajari. Saya berharap jilkalau saya belajar dengan tekun dan rajin, dengan bantuan tersebut boleh membuat saya lulus dalam Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah dan keluar dari sekolah rendah saya. Saya berdoa bahawa apa yang saya minta akan dimakbulkan pada masanya...

Isnin, 10 Januari 2011

Diri Saya.


Diri Saya:
Saya Nurulhuda yang berusia 12 tahun. Hari lahir saya terjatuh pada bulan Januari 1999. Saya dilahir di Hospital KK. Makanan kegemaran saya adalah makanan barat dan minuman kegemaran saya adalah air suam. Walaupun air suam itu tidak mempunyai apa-apa rasa, ia adalah salah satu sumber minuman kami di dunia dan ia juga sihat untuk tubuh badan kami.
Tahun ini saya akan menduduki peperiksaan PSLE yang begitu penting dan besar bagi saya. Saya bernasib baik untuk memiliki guru-guru yang berpelajaran tinggi untuk membantu saya dalam pelajaran saya. Saya berazam untuk mendapat agregat 250 lebih untuk peperiksaan PSLE saya. Dan saya juga berazam untuk mendapat gret A* untuk subjek Bahasa Melayu, A untuk Bahasa Inggeris, B untuk Subjek Science dan subjek Matematik. Saya berharap bahawa dengan pertolongan guru-guru saya, saya dapat mencapai apa yang saya impikan untuk peperiksaan PSLE saya.